" Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana"

200 Pembeli Rumah Terbengkalai.




PPIM Minta Polis, SPRM Siasat Pemaju Projek Rumah Terbengkalai

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini meminta Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pemaju perumahan yang tidak berlesen serta pegawai bank dan arkitek yang bersekongkol sehingga menyebabkan berlakunya projek rumah terbengkalai.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata pihak terbabit perlu disiasat berikutan terdapat unsur penipuan berdasarkan aduan pembeli rumah berkenaan.

"Setakat ini PPIM menerima 6,000 aduan dari pembeli yang teraniaya di Selangor dan dari jumlah itu 500 kes yang kami teliti mendapati mereka membeli rumah daripada tiga pemaju projek perumahan tidak berlesen pada 1990an dan awal 2000," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Nadzim berkata dari 500 kes yang diteliti, PPIM mendapati kebanyakan kes itu berpunca dari pihak bank yang membuat pembayaran kepada pemaju projek perumahan walaupun mereka tidak berlesen.

"Masalah timbul apabila bank masih membayar kepada pemaju walaupun mereka tidak mempunyai lesen dan projek rumah tidak disiapkan," katanya.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

About

Blogroll