" Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana"

PPIM NEWS TV : KONSPIRASI 911 SUATU PEMBONGKARAN



Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin kejadian 11 September 2001 (9/11) yang memusnahkan bangunan berkembar Pusat Dagangan Dunia di New York bukan sesuatu yang mampu dirancang dan dilakukan oleh bangsa Arab Islam.

Beliau berkata, ramai bangsa Arab Islam yang marah dan sanggup melakukan serangan berani mati, tetapi untuk melakukan serangan dengan merampas kapal terbang, bukan dalam kemampuan mereka.
"Rancangan untuk merampas empat buah kapal terbang akan memerlukan ketepatan yang amat dan tempoh masa serta lojistik.

"Satu kapal (dirampas) mungkin boleh, namun empat secara serentak! Saya tidak rasa pengganas Arab dari Arab Saudi mampu melakukan operasi yang begitu sofistikated dengan jayanya," kata beliau dalam entri di blognya Jumaat lalu.
Dalam kejadian pada 2001 itu, dianggarkan seramai 3,000 menemui ajal apabila menara berkembar berkenaan jatuh menyembah bumi.

Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) di bawah George W. Bush ketika itu menuduh kumpulan al-Qaeda sebagai bertanggungjawab.
Susulan kejadian itu, AS seolah-olah memiliki 'lesen besar' untuk menyerang mana sahaja negara Islam di dunia ini dan hasilnya, Iraq dan Afghanistan menjadi mangsa.
"Bush menipu mengenai senjata pemusnah besar-besaran milik Saddam...jika mereka boleh menipu untuk membunuh warga Iraq, Afghan dan tentera AS, bukannya tidak dapat difikirkan untuk Bush & Co menipu akan siapa yang bertanggungjawab bagi 9/11," katanya.

Antara perkara lain yang menyebabkan Dr Mahathir merasakan 9/11 merupakan konspirasi adalah apabila menara berkembar tersebut runtuh menyembah bumi dengan penuh sistematik dari atas ke bawah seolah-olah ia dirancang dengan rapi untuk diletupkan.

Oleh: Arshad Khan

0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

About

Blogroll