" Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana"

Forum Pengguna 2012- Ucapan Aluan PPIM



GUNA KUASA BELI DIDIK PENGELUAR, PREMIS MAKANAN TENTANG SIJIL HALAL

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Pengguna Islam perlu menggunakan kuasa membeli mereka mendidik pengeluar dan premis makanan berhubung kepentingan mendapatkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) demi pertumbuhan perniagaan mereka pada masa depan.
Setiausaha Eksekutif Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata sebenarnya pengguna Islam perlu berkeras mahukan sijil halal sebelum menjamu selera di restoran atau mana-mana premis makanan atau membeli makanan atau produk pengguna yang lain.
"Ini bagi memastikan bahawa makanan yang mereka makan atau produk-produk yang mereka guna seperti syampu sudah pasti selamat dan mematuhi undang-undang syariah," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Fiesta Halal Malaysia (HALFEST) di Pusat Dagangan Dunia Putra. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

About

Blogroll