PERBANKAN ISLAM DIMINTA LEBIH BERPERIKEMANUSIAAN
KUALA LUMPUR - Pihak Perbankan Islam di negara ini diminta untuk lebih berperikemanusiaan kepada pembeli rumah terbengkalai supaya tidak terbeban dengan hutang yang berisiko menjadi muflis.
Ketua Biro Pemantau Perkhidmatan Kewangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Sheikh Abdul Kareem Said Khadaied berkata pihaknya mendapati terdapat banyak kes pembeli menghadapi kes mahkamah yang difailkan pihak perbankan Islam itu bagi menuntut bayaran balik dengan kadar tinggi biarpun rumah tidak siap.
Beliau berkata demikian dalam Forum Pengguna 2012 bertajuk "Perbankan Islam Hanya Pada Nama?" di sini.
Aktivis PPIM Shirazdeen Adam Shah bertindak sebagai moderator forum itu manakala Ketua Bahagian Syariah Bank Islam Malaysia Berhad Ustaz Mohd Nadzri Chik sebagai panel kedua dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Muamalat Malaysia Bhd Datuk Abdul Manap Abdul Wahab menjadi panel keempat.
Sheikh Abdul Kareem yang juga panel ketiga forum itu berkata sebagai sebuah entiti yang berlandaskan syariah, pihak bank wajar memikirkan masalah yang dihadapi pengguna Islam yang mana pegawai-pegawai bank tersebut disaran menggunakan budi bicara dalam usaha membantu pembeli Islam meringankan beban mereka.
Sementara itu, panel pertama yang juga Pengarah Institut Kajian Tadbir dan Inovasi Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Nuarrual Hilal Md Dahlan berkata Bank Negara perlu memperbaiki sistem Perbankan Islam di seluruh negara supaya dapat memberi manfaat kepada rakyat terutama dalam hal tanggungan hutang akibat rumah terbengkalai.
Katanya, kerajaan juga perlu mewajibkan semua pemaju swasta menyiapkan rumah terlebih dahulu yang kemudiannya baru menjalankan operasi jualan termasuk memperkenal insurans jaminan kepada pembeli untuk menyelamatkan diri daripada dibelenggu isu itu.
Di samping itu, Dr Nuarrual Hilal juga menyarankan bakal pembeli rumah membuat pembelian daripada pemaju kerajaan bagi mengelakkan risiko muflis akibat menanggung hutang bank kerana projek perumahan terbengkalai.
Beliau berkata sekiranya golongan itu membeli rumah daripada kerajaan seperti Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) ia lebih memberi jaminan dari aspek modal yang membolehkan rumah siap berdasarkan jadual ditetapkan. - Bernama

0 comments:
Post a Comment