" Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana"

PPIM NEWS TV : HEBRON MUSLIM PREVIEW



TRAGEDI PEMBUNUHAN DI HEBRON



Subuh Jumaat 15 Ramadhan 1414H bersamaan 25hb Febuari 1994, dunia telah dikejutkan dengan trajedi pembunuhan beramai-ramai di Hebron, Palestin. Tindakan bacul ini dilakukan ketika umat islam sedang sujud di rakaat kedua (sujud yang terakhir ) solat Subuh.

Baruch Kappel Goldstein seorang ekstremis Yahudi warga Amerika dari gerakan radikal Kach, adalah orang yang bertanggung jawab melakukan jenayah terancang ini.Goldstein bertugas sebagai seorang doktor sangat anti kepada Islam dan bangsa Arab. Beliau yang tinggal di Kampung Kiryat Arba (كريات أربع) berhampiran bandar Al Khalil (Hebron) pernah mengikuti latihan ketenteraan di beberapa buah kem latihan Zionis.

Pada tanggal 25hb. Febuari  1994 bersamaan 15 Ramadhan 1414H, ketika umat islam sedang mengerjakan solat subuh, Goldstein muncul di pintu masjid dan terus melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah para jamaah yang sedang sujud di rakaat yang terakhir .
Darah merah mengalir membasahi seluruh ruang masjid. Seramai 29 orang telah gugur syahid dan 300 yang lain mendapat kecederaan.
Goldstein  telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan namun pihak mahkamah Yahudi  telah mengisytiharkannya sebagai  gila. Goldstein kembali hidup bebas seperti sebelumnya sehinggalah beliau berjaya dibunuh pada 26/10/2008.

Kesan dari trajedi ini pihak Yahudi telah menutup Masjid Ibrahim  dan memagar makam Nabi Yaakub dan isterinya serta memperuntukkan bahawa tempat ini (makam Nabi Yaakub dan isterinya ) adalah untuk orang yahudi sahaja. Makam ini hanya dibuka untuk orang Islam sepuluh hari sahaja dalam setahun iaitu pada awal Muharam, hari raya Aidul Fitri dan Aidul Adha, tiga hari Tasyrik dan 4 kali jumaat pada bulan Ramadhan. 
Selain daripada itu pejabat-pejabat hal ehwal orang Islam dikunci oleh pihak tentera Rejim Zionis termasuklah bangunan Mahkamah Syariah, pejabat Agama Islam, pejabat pembangunan dan lain-lain. Perjanjian damai yang ditandatangani pada 13 September 1993 adalah semata-mata ingin mendapatkan pengiktirafan dari dunia Arab tentang kewujudan sebuah negara Yahudi yang merdeka di bumi Palestin. Hakikatnya orang-orang Yahudi pasti tidak akan senang dengan umat Nabi Muhamad sebagaimana Firman Allah di dalam surah Al Baqarah ayat 120

Dalam perjanjian ini Rejim Yahudi kononnya  bermurah hati untuk menyerahkan Ghaza dan Jericho  kepada Palestin sebagai tanda penghargaan dan terima kasih Yahudi atas pengiktirafan akan kewujudan sebuah negara Yahudi yang merdeka. 

Dahulunya kedua-dua wilayah ini adalah milik Mesir dan Jordan kemudian dirampas oleh Yahudi dalam Perang Arab Yahudi pada tahun 1967. Penyerahan Ghaza dan Jericho adalah semata-mata umpan sahaja dan orang Yahudi berhak menarik balik ( menjajah semula ) kedua-dua wilayah ini bila-bila masa sahaja.

Perjanjian yang penuh tipu muslihat ini menyaksikan bagaimana  kawasan-kawasan suci umat islam seperti Hebron dan Baitul Muqaddis tidak lagi menjadi milik rakyat Palestin sebaliknya telah diserahkan kepada satu bangsa yang dilaknat oleh Allah sehingga hari Qiamat. Ini bermakna Hebron dan Baitul Maqdis bumi kelahiran anbiya' yang menempatkan masjid Al Aqsa dan makam Nabi Ibrahim serta anak keturunannya kini telah menjadi wilayah yang ditadbir oleh orang Yahudi.

Trajedi pembunuhan di Hebron  telah menjadi bukti yang nyata kepada kita. Tidak sampai enam bulan perjanjian damai dimeterai ( 13 September 1993 - 25hb Febuari 1994 ) telah berlaku satu pembunuhan yang sememangnya telah dirancang sebelum perjanjian damai. Bila berlakunya  trajedi ini dunia tidak boleh berbuat apa-apa kerana kejadian ini berlaku di Hebron dan Hebron ( selepas perjanjian damai ) menjadi salah satu daripada wilayah - wilayah yang ditadbir oleh negara Yahudi.  

Ringkasnya sebagai sebuah negara Yahudi yang telah  merdeka dan diiktiraf akan kewujudannya, trajedi seumpama ini disifatkan sebagai masalah  dalaman sebuah negara Yahudi dan tidak lagi menjadi isu antarabangsa ataupun masalah rakyat Palestin sendiri.

Inilah dia tipu muslihat Yahudi. Bayangkan berapa banyak perjanjian mereka dengan Allah sewenang-wenangnya mereka langgar- inikan pula perjanjian dengan manusia khususnya umat Nabi Muhamad yang mereka anggap sebagai musuh mereka yang paling utama. Cukuplah kisah kisah mereka di dalam AlQur'an menjadi iktibar dan pengajaran buat kita selama-lamanya. Kita tidak perlu mempercayai janji- janji manis yang ditaburkan oleh mereka. Setiap apa yang datang dari mereka merupakan tipu muslihat mereka untuk mendapatkan sesuatu yang mereka hajatkan.
Ibaratkan dulu mereka tiada rumah, mereka tidak boleh berbuat apa-apa. Kini mereka dah ada rumah ( negara ) mereka boleh melakukan apa sahaja termasuklah mengusahakan kuasa nuklear dan senjata canggih untuk membunuh rakyat Palestin. Sesungguhnya perjanjian damai ini adalah platfom mereka untuk menjajah negara Palestin dan kawasan sekitarnya.

0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

About

Blogroll