Polis cedera kena rempuh kereta langgar sekatan
2012/10/17
Kajang: Seorang anggota polis cedera parah dirempuh sebuah
kenderaan yang melanggar sekatan jalan raya di Lebuhraya Grand Saga,
Batu 10, dekat sini, awal pagi semalam.
Cedera dikepala
Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, Lans Koperal Rozaili Hamid, 28, cedera di kepala, bahu dan rusuk kiri, apabila sebuah kereta Toyota Camry yang cuba ditahan untuk pemeriksaan terus merempuhnya.
Sebelum itu, sebuah van Toyota Estima yang dipercayai kenderaan curi dan berkonvoi dengan Toyota Camry, turut merempuh sekatan jalan raya itu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata sebelum sekatan itu dilakukan, polis menerima laporan mengenai kehilangan sebuah van Toyota Estima di Sungai Long, di sini.
“Seorang lelaki dipercayai memandu Toyota Estima yang dicuri merempuh sekatan jalan raya dan melarikan diri.
“Kereta Toyota Camry itu pula yang mengekori van terbabit juga merempuh sekatan jalan raya tetapi turut melanggar Rozaili yang cuba menahan untuk pemeriksaan,” katanya. Rozaili dihantar ke Hospital Serdang.
Bagaimanapun, katanya, Toyota Estima itu ditemui semula di tempat letak kereta rumah kedai Jalan 2 Taman Orkid manakala Toyota Camry di tempat letak kereta di Jalan 6 Taman Orkid manakala pemandunya melarikan diri.

0 comments:
Post a Comment